kopi kaw dan indahnya hidup

Satu sachet kopi merah dengan tujuh herba gabungan meresapi seluruh tubuh .aromanya yang segar turut freshkan minda

“dulu ibu selalunya sudah menumbuk kopi waktu waktu begini. masa itu ibu masih muda. kopi o segar dan roti benggali yang sedap rasa sehinggakan tak terpadam dari memori sedapnya hingga hari ini.”

saya pun rasainya.

” betullah, dulu kopi ibu original, ada bau bunga kopi yang putih putih tu. memang sedap giler kalau ibu yang membancuhnya. hari ini kopi sudah digabungkan dengan arang murah untuk menambah kilonya. Ya tambah untung mudah”

Kulihat mata nurul terbeliak. Entah faham entah tidak. Pokoknya dia hidup dizaman yang telah hilang keindahan, Alamnya facebook yang banyak nasihat pura pura. begitu ramai yang mahu menjadi motivator tetapi tidak ramai mampu mengamalkan nasihat untuk diri sendiri.

Lalu minda pun berkata kata untuk meneutralkan

“wahai cikminda, dunia perlu hancur dan musnah. Kerana ada hidup kedua yang abadi iaitu mukabumi akhirat. Telah ditakdirkan manusia adalah tangan tangan perosaknya untuk melengkapkan proses kemusnahan itu. teruslah cari cari indah yang tersisa itu”

Moralnya-jagalah hati

 

hikayat cinabaik

satu pagi dia duduk dihujung katil. Asrama dua blok,empat tingkat sibuk bagai bursa saham. sawah padi menghijau disekeliling. Yeoh siang fei  berpesan

” kamu mesti berterimakasih, dilahirkan Islam. Saya dapat hidayah. Cuti sekolah saya balik Ke taiping, solat sembunyi dalam bilik, berpuasa dan hari hari makan sayur. masa belum sesuai untuk saya istiharkan masuk melayu”

aku terkejut beruk.

“bagaimana pulak cina masuk melayu sedangkan DNA mana boleh tukar”

melihat aku bingung, dia bertazkirah terus

” masuk melayu, Itulah faham ibu.Bermakna hilang anak lelaki cina, pewaris dalam hidup ibu. saya sedar hati ibu”

180 saat .menitipkan mutiara padaku. walaupun ribuan jam yang lalu, ia masih program yang tak mampu aku delete.

hari demi hari, aku melangkah dan bertambah dewasa.

aku bertemu ah soon

” you ambil kereta saya, isi minyak,pergilah hospital,kerja saya cover semua”.

Tidak lama kami berhijrah kehaluan masing masing. Dia menukar kerjayanya kepada tauke Judi.

hari berganti bulan. bulan bertukar peristiwa

satu petang yang muram. 2 orang amoi cina datang bersama makcik orang putih melawatku.

petang itu menjadi indah semula. Pesan amoi dan orang putih

“Pergilah keluar, cari angin baru, ronda ronda ambil kekuatan, Lapan jam biar kami kemas kemas dan serikan semula rumah kamu. ini charity yang ikhlas”

sungguh mulia mereka orang kota yang tidak sama dna.

nanti yer…satu hari kusambung semula kisahnya

 

 

nak lagi

Ku tuangkan sesudu penuh iq minda iaitu gabungan madu,zaf faran,khurma,kisimis,zanjabil, zabib, addas, habbah dan badam.

sebahagiannya ku titiskan pada tangan si kecil berusia setahun dan beberapa puluh hari.

dia menjilat tapak tangannya dengan penuh perasaan suka dan bersuara . ya bahasa anak  anak kecil. maksudnya kufahami” nak lagi,nak lagi.

aku terhibur dengan telatahnya. tuhan pindahkan kasih sayang dari ibunya yang terpedaya. Dia membesar sebagai rakan baruku, menghiburku. kadang kadang menginsafkanku.

melihatnya -mata terpejam, turun naik nafasnya, dengar hembusan udara dari dua lubang hidungnya, dia ditakdirkan bertuah.

hari yang sama rakan rakannya ada yang di buang ditepi longkang, terlonggok pada kotak dan tidak bernafas di tong sampah.

Dia berjalan terkedek kedek menaburkan rasa bahagia.dia menjerit meledakkan ketawa kami. dia adalah insan.

satu hari nanti dia akan bertanya

“Dimanakah ibuku”

setakat hari ini aku menyediakan jawapan ini

“Ibu telah membesarmu sembilan bulan sebelas  hari. dia bersusah payah tanpa ayah disisi. menahan cercaan dan menumpahkan airmata dan keinsafan. dia cuba mencari ibu dan bapa terbaik untukmu. lalu engkau pun membesar dengan kasih sayang tuhan.”

manakah nikmat tuhanmu yang hendak kamu dustakan

 

sembang pagi-cinta

aku  memilih dan bersuara

“dua nasi lemak dan dua kuih”

“dua ringgit lapan puluh sen”

aku membayar untuk akak ramah si penjual nasi gerai pagi . Letaknya di simpang jalan didepan rumah dua tingkat miliknya. aku memanggilnya makcik corner lot.

“Abang,hari ini seorang saja,akak tak ikut pulak”

Seorang lelaki separuh abad tersenyum. Dia adalah pejalan kaki  setia yang selalu ku jumpa setiap pagi menuju ke market pagi yang lebih  kurang 4000 meter dari kawasan perumahan kami. Hari ini dia berseorangan, tanpa temannya.

“Hmm,kakak ikut anaknya ke KL, jaga cucu 2 minggu”.

Dia memberi repon pada pertanyaan akak alias makcik corner lot alias si penjual nasi lemak. dan dia meneruskan langkahnya.

” Anaknya beli kereta untuknya, dia jarang naik. setiap pagi dia bercerita dengan buah hatinya. dia pegang tangan isterinya. mereka bercerita sepanjang jalan. isterinya tersenyum,dia ketawa.akak lihat mereka ,akak pun dapat rasai bahagia”

akak cornerlot bersurah panjang memeberitahuku.

“cinta yang ajaib sehingga penghujung usia” aku rumus untuk sudahkan bicaraku dengan makcikramah itu.

“setiap hari 77pasangan,couple melayu bercerai, bertalak, kemanakah hilang cinta yang ajai itu”

Mindakucuba mencari jawapnya

 

mekayakan minda-ustaz youtube

ada orang berpesan begini

” Bila malam tiba seorang hamba lebih hampir hatinya dengan penciptanya”

saya juga merasainya.

” langit yang gelap, awan yang berarak dan saya yang kerdil berada dibawahnya. dulu kenapa begitu gagah bersetuju untuk menjadi khalifah. hari ini banyak benor tanggungjawab yang tidak selesai” bertanya hati pada pemiliknya.

“susah hendak di jawap.

kubuka jendela maya, mencari sedikit input untuk minda. terimakasih ustaz youtube.

BM Train station-keretapi awal pagi

Pukul empat pagi,jalan raya sepi dengan sebiji dua kenderaan.sunyi   dan semuanya diam.

Lalu saya bertanya” berapa kali setahun pulang ke tanah siam”

“sebulan sekali kerana passport perlu dicop baharu”

saya terus bertanya”mengapa tidak enam bulan sekali seperti tukang masak tomyan”

Dia membetulkan bayi kecil di atas ribaannya yang terganggu paginya kerana si ibu perlu berperjalanan jauh. urusan hidup untuk terus merasa nikmat dimalaysia.

“permit si tukang tomyan perlu dibayar enam ratus ringgit untuk setiap enam bulan.Saya tidak bekerja di sini”

Dia menambah “lagipun suami saya sibuk mencari rezeki,setiap bulan saya berkeretapi ke thailand,saya boleh jengukkan ibu saya dan dua anak kecil ini warganegara thai. mereka perlu tahu susah senang saudara mereka di yala”

Saya tersukan perjalanan mengembara bersama minda bahawa dahulu datuk nenekku pernah berjuang ditanah pattani.

Hidup ini tugas kita adalah merungkaikan problem supaya ada nikmat untuk terus hidup. jangan jadi seperti kasut yang tidak di pakai. kasut akan usang sendiri.minda yang tidak di sibukkan untuk berfikir akan senang di serang virus

salam jumaat cik minda

Hari ini wilayah kariahku ada jenazah,. malam ini malam pertamanya di tanah sepi. tiada lagi aircond, tiada lagi wang ringgit dan buku cek dibawa bersama. hanya kain putih yang membaluti. saya melalui disebelah van jenazah yang memeberi pesan kepada minda. taktala seorang sarjana islam salamah bin dinar ditanya

” kenapakah kami takut untuk menghadapi kematian”

Jawap beliau dengan satu pesanan yang indah

“Ramai orang sedang membina rumah dunia yang indah indah manakala  rumah akhiratnya dibiarkan sepi ,rosak dan runtuh runtuh. Lalu kita menjadi sayang  yang sayang untuk meninggalkan rumah dunia yang dibina dengan  jiwa raganya dan takut untuk pergi kerumah akhirat yang setiap diri tahu keadaannya.

wahai cikminda mati itu adalah nasihat yang baik
wahai ciik minda orang yang bijak ialah mengingati matinya.258qmwh